Dalam kejadian yang berlaku di Baling Kedah itu enam Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Baling oleh NGO dan Pertubuhan Politik. Antaranya Belia 4B kawasan Baling, MAULANA Daerah Baling, 4 sayap UMNO Bhg. Baling.
En. Khairul Azhar, mewakil Pegerakan Pemuda UMNO Bhg. Baling, mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lepas.
KDN harus mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai..
Sumber : MT
No comments:
Post a Comment