Saturday, 1 September 2012

BETUL KE !!! BAS PAKATAN RAKYAT DI SERANG DI KOTA BHARU ???




Betul ke?? Bas Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh pihak2 yang semakin terancam dengan kebangkitan Sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pendekatan yang digunakan oleh DS Anwar Ibrahim ternyata menarik perhatian rakyat untuk bersamanya dalam usaha menumbangkan Umno/BN pada PRU 13.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.

“Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan program pkr,” ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran’.


PT
Betulke kena serang? Atau sengaja prokvokasi dan semua ni perbuatan orang2 UMNO.BN !!! Nampak sangat sudah tak ada idea untuk memburuk2kan UMNO.BN!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive