Saturday, 5 May 2012

PM PUAS HATI TAPI BETUL KE JENTERA BN KELANTAN BERSEDIA???

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan persiapan jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Najib yang juga Pengerusi BN, melahirkan rasa puashatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib juga menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU kali ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri mahu jentera parti BN menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan kemenangan BN.

“Pada masa sama, beliau juga tidak mahu anggota BN memperlekehkan parti lawan Pas di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini," katanya.

Ditanya sama ada Najib menyentuh soal senarai calon pada PRU13, Mustapa berkata, Najib berharap anggota parti menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive