Friday, 4 May 2012

Khalid Amat Mengecewakan Saya - Zuraida ML


PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran sikap sambil lewanya berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan pemimpin kanan parti itu melakukan aksi panas bersama seorang wanita.

Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila ia membabitkan dakwaan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed AzminAli.

"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Azmin bersama seorang wanita.

"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti.

"Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun,  Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive