Tuesday 1 May 2012

BERSIH WAJIB, HIMPUNAN SEJUTA UMAT HARAM?? PELIK!!!


Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan hari ini mempersoalkan kenapa Nik Abdul Aziz tidak hadir pada perhimpunan ganas, Bersih 3.0 baru-baru ini di ibu kota selepas dia sendiri mengeluarkan 'fatwa' ia wajib dihadiri oleh rakyat negara ini.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada peserta dari negeri Kelantan yang pergi ke perhimpunan ganas, Bersih 3.0 baru-baru ini.

“Kegagalan Menteri Besar Kelantan itu hadir pada perhimpunan tersebut menunjukkan bahawa perbezaan 'darjat' di antara rakyat dan pemimpin Pas. Kita hendak tahu berapa banyak dia menyumbang, lagi banyak sumbangan yang diberi lagi banyak pujian. Menteri Besar mesti beri sumbangan yang banyak.

"Seperti sembahyang, ia wajib maka kita orang pertama yang harus lakukan, jadi kalau fatwa wajib ke Bersih 3.0 maka Nik Aziz seharusnya menjadi orang pertama pijak kawad berduri, ini yang kita tidak faham.

"UMNO selalunya kepimpinan melalui tauladan tetapi bagi Pas ada standard berbeza, wajib bagi rakyat, tidak wajib bagi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Larian Bendera Sempena Sambutan Hari UMNO Ke-66 di Sekolah Kebangsaan Semut Api di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu semalam.

Nik Abdul Aziz memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive