Sunday, 1 April 2012

GUA MUSANG MILIK UMNO - KU LI


GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan kawasan Parlimen yang diwakilinya, sejak tahun 1969, terus kekal dalam sejarah sebagai kubu kuat Umno dengan mendapat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau tetap yakin bahagian itu dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasannya mendapat sokongan kuat rakyat berbilang kaum berikutan banyak pembelaan yang dicurahkan selama ini.

Beliau berkata, ini kerana rakyat belum ada sebab untuk menolak kepimpinannya yang menerajui Umno bahagian itu berikutan segala usaha yang dilakukan selama ini untuk kemajuan dan kemudahan mereka semua.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi jaminan itu jika berlaku perpecahan di kalangan rakyat di kawasan berkenaan.

“Oleh itu, saya mahu rakyat terus kekalkan perpaduan kerana setakat ini belum nampak masalah kritikal yang berlaku hingga boleh menyebabkan kita di Parlimen Gua Musang kalah,” katanya ketika menemui Jentera Pilihan Raya Kampung Paloh 1, 2 dan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, dekat sini, pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Muhammad Zahari Othman.

Tengku Razaleigh juga Ketua Umno Gua Musang menyatakan pendiriannya untuk memastikan kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga Dun menang dengan majoriti yang besar pada PRU13 sejajar dengan anggapan orang ramai sebagai kubu kuat Umno.

Beliau membayangkan PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi itu hanya Gua Musang dan Johor Bahru yang mungkin mencacat kemenangan dengan majoriti yang besar manakala kawasan lain tidak boleh memberi jaminan itu.

“Bagi kawasan lain, saya tidak boleh meramalkan berikutan pembangkang sentiasa mempengaruhi rakyat dan kita di kawasan Gua Musang juga kemungkinan pembangkang turut menceroboh masuk untuk menggugat sokongan rakyat,” kata wakil rakyat veteran ini.

Katanya, beliau amat faham dengan apa yang berlaku sekarang yang sedikit sebanyak ada masalahnya yang perlu diselesaikan segera khususnya perkara yang dibangkitkan rakyat di semua kawasan peti undi Gua Musang.

“Sebab itu saya mengadakan perjumpaan seperti hari ini bagi memberi pelbagai penerangan untuk menjelaskan perkara sebenar serta mengatur pelbagai strategi bagi mencapai kemenangan nanti,” katanya. SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive