SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, bertekad akan terus berada di premis itu sehingga kerajaan bersedia mengadakan perbincangan dengan mereka berkenaan dengan tuntutan meminta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan bahawa kerajaan akan membincangkan tuntutan berkenaan.
"Ya, kami ada mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Saifuddin Abdullah) meminta kami mengosongkan Dataran Merdeka.
Ketika dihubungi, pihaknya masih berada di Dataran Merdeka dengan menganjurkan 'kuliah' di Dataran Merdeka. Safwan berkata, sehingga Kerajaan Pusat berkomited untuk mengadakan perbincangan dengan mereka, pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka.
Mengenai pandangan Menteri Penganjian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meminta mahasiswa yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN supaya memulangkan pinjaman mereka jika tidak bersetuju, Safwan berkata, Najib dan menteri berkenaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan sedemikian.
"Kami mahu Khaled dan Perdana Menteri menjawab dengan cara penuh bertanggungjawab. Kami terpaksa mengambil pinjaman sebab tiada pilihan lain. Kami tidak akan mengambil pinjaman jika kerajaan menyediakan pendidikan percuma di universiti awam, ini isunya sekarang," katanya sambil menambah, para pelajar tiada pilihan lain kecuali mendapatkan kemudahan PTPTN.
"Sebagai contoh dalam kes saya, saya tidak memperoleh biasiswa untuk mengikuti pengajian jurusan pendidikan. "Jika saya, saya dari Terengganu, mahu memohon biasiswa Yayasan Terengganu, saya perlu mendapatkan pengesahan bahawa permohonana saya telah ditolak oleh PTPTN, jadi apa pilihan yang kami ada," katanya lagi. -sH

Komen pT
Apa nak kecoh? tunggu PRU 13 lah baru dapat free segala2nya...kepada mahasawi, pT hadiahkan sebuah lagu sebagai pedoman dan panduan hidup di hari depan. Fikir-fikirkanlah!!!!
Hahaha...kalau ipta je bg free cam mn ipts lak....ko tu byr cukai bnyk ke?nk semua free...mana adil aku yg byr cukai ni xkn bg free je kt ko? Baikla duit tu guna untuk mbngunkn ngara..klu nk free sgt blaja btul2 biar cemerlang x yh duk byr,bru free mcm tu xpe ni cgpa aduh sakit nk free..pergi u duk sibuk politik cm mn x rendh mrkh..hampeh
ReplyDelete