Hakim Siti Noraida Sulaiman menjatuhkan hukuman itu setelah mendengar pengakuan tertuduh, Mohd Jalaludin Umar, 43, yang didapati bersalah menyebabkan cedera parah ke atas anaknya, Mohd Faizal Mohd Jusoh, 22.
Mengikut fakta kes, dia telah memukul anaknya yang mempunyai tahap pemikiran lembap dan rendah menggunakan sebatang penyapu sehingga patah atas alasan anaknya itu menghabiskan satu pek Milo.
Anaknya yang kesakitan menangis dan merayu-rayu meminta dia menghentikan tindakan itu. Akibat tindakan itu, anaknya dibawa ke hospital, dan disahkan mengalami patah tulang jari telunjuk tangan kanan, dan luka di beberapa bahagian badan dan dagu.
Kejadian itu berlaku di sebuah rumah tidak bernombor, di Jalan Hj Mahmud, Parit Baru Baruh, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 31 Mac lalu,kira-kira jam 7 malam.
Kesalahan yang dilakukan itu didakwa mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan disebat.
Terdahulu, tertuduh yang hanya bekerja sebagai seorang nelayan itu mengemukakan rayuan di hadapan hakim agar hukuman ringan diberikan kepadanya memandangkan dia terpaksa menanggung isteri dan sembilan lagi anaknya.
“Isteri saya juga menghidap kanser payudara tahap dua manakala anak bongsu yang berusia 13 tahun menderita penyakit athma,”ujarnya sedih.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran memandangkan tertuduh bertindak melampaui hak seorang bapa, yang sepatutnya melindungi anakya yang merupakan seorang OKU.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, 3 April laludan tiga sebatan.
Sementara itu, tertuduh yang mengenakan kemeja-T berwarna putih tunduk dan menangis selepas hakim menjatuhkan hukuman tersebut. -sH
No comments:
Post a Comment