Friday 20 April 2012

PTPTN - Anwar 'P' Lawat Dataran


anwar
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kawasan perkhemahan aktivis-aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini ketika Anwar, Ketua Pembangkang itu tiba pada jam 10.30 malam tadi.

Anwar sempat berucap selama tiga minit kerana terpaksa bergegas semula ke Parlimen disebabkan ada urusan di Dewan Rakyat.

Dalam ucapannya beliau berrkata, "saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan samseng yang menyerang aktivis-aktivis mahasiswa di sini. (Dataran Merdeka)

"Kita ada hak untuk menuntut pendidikan percuma, pemansuhan PTPTN dan mengharapkan perubahan boleh berlaku," tegas beliau.

Beliau turut memberi semangat kepada mahasiswa terus berjuang untuk mempertahankan tuntutan mereka.

Di samping itu, beliau menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda sokongannya kepada mahasiswa.

Komen pT
Tahniah mahasia-sia kerana menjadi kambing hitam politik murahan, cuma 3 minit saja  masa untuk segelintir mahasia-sia yang tak sedar diri. Berbangga barangkali para ibubapa mahaisa-sia ni bila melihat Ketua Umum PKR menjenguk dan menyimbah minyak kepada mahasia-sia ni untuk terus berdemo. Fikir-fikirkanlah!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive