
Demonstrasi itu berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang tadi di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan pejabat kerajaan negeri.

Pada 18 Mac lalu Ahmad dilapor berkata kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu selepas didapati terlibat dalam perhimpunan BERSIH di ibu negara tahun lalu.
Jurucakap GEMPUR bagaimanapun memberitahu, jumlah sebenar yang ditahan biasiswa oleh kerajaan negeri bukan enam, tetapi sembilan orang kesemuanya.

Jurucakap itu yang juga seorang pemimpin mahasiswa di negeri Terengganu turut mengambil kesempatan mengadakan sesi penjelasan berhubung isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.
Malah, mereka juga meninggalkan sebuah khemah di depan Wisma Darul Iman sebagai simbolik sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang kini sedang berkhemah di Dataran Merdeka supaya tuntutan mereka didengar. mK
Dah awal-awal bagi amaran jangan pergi. Nak pergi juga. Nasib ko lah..... Mereka nak juga. Jadi tak payah bagi lah kat mereka. Bukan mereka nak belajar pun. Nak mengabiskan duit je.
ReplyDelete