Monday 23 April 2012

BIAR BETUL!!! Pusat Karok & Urut 4 x Ganda Di Kedah - Mukhriz

ALOR SETAR - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahahthir mendakwa rumah urut dan juga pusat hiburan karaoke kini meningkat 4 kali ganda jumlahnya di Kedah dibawah pentadbiran PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun, menyifatkan keadaan tersebut adalah seumpama 'cendawan yang tumbuh selepas hujan'.

Dalam satu kenyataan menerusi akhbar Mingguan Malaysia, anak lelaki Tun Mahathir tersebut membidas kepimpinan PAS yang selama ini katanya mendabik dada kononnya lebih Islam dari Umno.

"Kalau parti DAP yang memerintah mungkinlah kita boleh faham walaupun ia sebenarnya tidak boleh diterima namun kerajaan yang memerintah Kedah adalah PAS," katanya.

Beliau juga menimbulkan persoalan sama ada jumlah orang bukan Islam di negeri itu juga meningkat empat kali ganda berbanding sebelum ini.

Azizan pada Julai lalu mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi dalam tempoh bulan Ramadan.

Namun selang dua tiga hari, beliau menarik balik kenyataan ini atas alasan menghormati rakan-rakan bukan Islam. - UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive