Monday, 30 April 2012

WAJIB BACA!!! LUAHAN RASA KETIDAKPUASAN HATI BLOGGER PR BERKAITAN BERSIH3.0

Luahan hati dari Blogger Pro PR yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap segala tindak tanduk pemimpin mereka. Wajib baca!!!

makin ramai yang menyalahkan sesama sendiri. ada yang berpihak kepada pihak polis. ulasan adukatakguna paling meloyakan. perhimpunan aman bersih yang dirangka tidak teliti langsung hanya berpandukan sekadar laungan dan jemputan tanpa tulis. agenda bersih menuntut proses demokrasi dipulihkan. ada pihak yang sengaja untuk memutuskan menjadikan bersih agenda diri sendiri. perhimpunan yang dijangka bermula pada petang sabtu telah dimulakan lebih awal dari jangkamasa yang sepatutnya. unit amal lagi sekali dijadikan kambing gurun hitam yang sengaja digunakan oleh pihak yang mempunyai agenda lain selain agenda bersih. aku masih mencari cari dimana agenda bersih yg sebenarnya. bagaimana bersih melakukan demo ini jika tiada arahan kursus diberikan. datang bro nuar berahim ada arahan lain, datang pemimpin lain dengan arahan lain. apakah ini sengaja dilakukan atau memang ada perancangan yang disusun disebalik perhimpunan bersih.

sampai bila pembangkang akan terus dibodohkan dan dibangangkan oleh pihak pemerintah. kejadian yang sama akan terus berulang ulang kerana pemimpin pembangkang terus menerus mempercayai apa yang mereka lihat. kemasukan beberapa pemimpin umno cukup membimbangkan aku kerana strategi israel adalah IF U CAN BEAT THEM U JOIN THEM. dari segi strategi ini cukup berkesan untuk membunuh dan memanipulasikan keadaan pembangkang. diluar pembangkang kuat dan umno tahu mereka tak akan berjaya membunuh pembangkang bila berhadapan tapi cara yang terbaik adalah mengirim anai anai ke dalam tubuh badan pembangkang. anai anai ini akan terus merosakkan sistem dalaman pembangkang dan akan mudah dibunuh selepas tiada lagi imun ketahanan badan.

begitu jugak bersih, siapa yang menganjurkan bersih pada malam sebelum berlangsung perhimpunan sebenar. lihat bagaimana polis sengaja membiarkan malam itu terlalu indah dan tiada provokasi. membiarkan peserta peserta bersih berdemo dimalam hari. cuaca terlalu indah. angin sepoi sepoi bahasa. polis tidak berlaku ganas. membiarkan semua peserta peserta berdemo di malam lagi. hebat bukan permainan ini. teori yang sama digunakan dimana mana negara yang israel adalah penasihatnya. berhati hati menari jika lantainya dikatakan buruk. banyak sangat kepincangan yang berlaku semasa bersih 3.0 ini dan aku cuba menjelajah semua keadaan dan apa benda yang dirasakan adalah permainan lain yang berlaku dibelakang mata kita semua. persediaan rapi mereka seolah olah menanti masa untuk mereka memastikan bersih adalah permainan mereka. tengok dengan mata hati bukan membutakan mata.

pT
Masalahnya ramai yang menghadiri BERSIH terdiri dari golongan yang buta hati . Allah kurniakan akal dan fikiran...tapi kenapa anugerah Ilahi itu semua tak digunakan dengan betul. Kalau situasi begini pun para pemimpin PR tidak boleh nak tangani dengan betul..ada hati nak jadi pemerintah negara..Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive