Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.
Mahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.
Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.
Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini. -mK
No comments:
Post a Comment