Wednesday, 18 April 2012

JOM Join TIBAI!! Sudah sampai masa untuk Tibai...

Kelab TIBAI ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran maksimum dikalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada PRU akan datang. TIBAI akan habis-habisan turun di ke seluruh kawasan dimenangi dan ditangdingi PKR untuk menerangkan rakyat untuk menolak parti milik Anwar Ibrahim ini .


TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.

Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.





Apa agaknya kata Anwar Ibrahim bila kelab khas ini ditubuhkan untuk hentamnya ?? Kepimpinan dalam TIBAI ini hampirnya semuanya bekas pemimpin PKR serta rakan karibnya sendiri.
Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor. mNh

















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive