Wednesday, 18 April 2012

BIAR BETUL !!! DAP TUAN PAS PULAK APA???

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina. Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.
Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP. PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP. Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap kenyataan  ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya…-  politik harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive