Thursday, 26 April 2012

"Saya sedia buka pintu 25jam untuk membuat siasatan," - Nik Aziz


"Saya sedia buka pintu 24jam untuk pihak berkenaan membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Pengajian Islam (MPI) di sini, hari ini.
KOTA BARU:  Kerajaan Negeri Kelantan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, termasuk berkaitan urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB).
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata komitmen tersebut bagi menentukan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Saya sedia buka pintu 24 jam untuk pihak berkenaan membuat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Pengajian Islam (MPI) di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai berapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat AKSB di sini, Isnin lepas, untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air tersebut.
Pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu dikatakan tiba pada pukul 10 pagi semasa mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Nik Aziz  sedang berlangsung.
Laporan dari MTRK
Pegawai SPRM itu dilaporkan berada di pejabat AKSB sehingga petang dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat itu sebelum pulang dengan membawa beberapa fail penting untuk membantu siasatan.
Laporan yang memetik sumber itu menyatakan SPRM bertindak menyiasat syarikat pengurusan air tersebut setelah menerima laporan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.
Nik Aziz yang juga Pengerusi AKSB, syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah dan melakukan penyelewengan mengurus tadbir AKSB.
Beliau mahukan penyiasatan kes yang dibuat ke atas kerajaan negeri itu dilakukan secara telus dan tidak berasaskan kepada desakan daripada mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.
Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku itu tidak akan menjejaskan kewibawaan parti itu terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive