Abdul Rahman yang tinggal di Kampung Dengir, Bukit Puteri, Besut memberitahu tarikh lahir yang tertera PADA kad pengenalannya pada Januari 1907 tidak tepat kerana ketika mendaftar untuk kad pengenalan itu beliau sudah berusia 12 tahun.
Beliau yang sempat berkahwin dengan 8 wanita mengamalkan petua umur panjang dengan membudayakan hidup gaya sihat dengan tidak memakan makanan manis, masin atau berlemak secara berlebihan serta tidak merokok sejak muda dan gemar makan ulam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment