Monday 16 April 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! Hadiah besen kat kepala ibu


Sekadar gambar hiasan

CHUKAI – Berang kerana tidak diberikan wang, seorang penganggur tergamak memukul kepala ibunya sendiri dengan besen sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan biadab berkenaan menyebabkan si ibu malang berusia 58 tahun itu tergamam dengan tinda­kan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang, bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

“Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang,” katanya semalam.

Sehubungan itu, katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan parah. sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive