Monday 23 April 2012

3 Stadium Untuk Bersih 3.0, Dataran Tak Boleh!!! - DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan tiga stadium di sekitar ibu negara sebagai alternatif kepada larangan menggunakan Dataran Merdeka bagi sebarang aktiviti perhimpunan yang akan diadakan oleh Bersih 3.0 pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata tiga buah stadium itu ialah Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras serta Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Penganjur perhimpunan aman boleh memohon kepada kami untuk menggunakan stadium-stadium ini sebagai alternatif kepada Dataran Merdeka yang memang sudah termaktub dalam Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 tidak boleh digunakan sebagai tempat berhimpun.

"Malah penggunaan Dataran Merdeka hanya boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi acara-acara kerakyatan seperti permulaan sebarang acara sukan ataupun kebudayaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata, keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang tidak menyenaraikan Dataran Merdeka untuk digunakan sebagai lokasi perhimpunan yang bermotifkan politik.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata, beliau tidak menghalang penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium
Merdeka.

Namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu, katanya.

"Malah lokasi dan kemudahan di stadium berkenaan juga cukup baik dan ini dapat merealisasikan keinginan penganjur perhimpunan itu untuk menyuarakan isi hati mereka tanpa menyusahkan orang awam yang lain," katanya. sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive