Monday, 23 April 2012

Kalau Dah tahu Ambiga 'Bare' Tak Bersih, Kenapa Pas Sokong???

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga tidak layak mengetuai gabungan itu kerana mempunyai hubung kait dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS sepatutnya mengetuai demonstrasi Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

"Terdapat fatwa mengenai aktiviti homoseksual yang mengatakan homoseksual tidak layak untuk makan bersama. Jadi jika kita ikuti fatwa itu, Ambiga sepatutnya tidak mengetuai gabungan Bersih dan demonstrasi itu nanti," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu forum anti-LGBT di Universiti Teknologi Malaysia di sini, Ahad.

Ambiga dijadual merasmikan bengkel Seksualiti Merdeka pada tahun lalu namun dibatalkan selepas mendapat bantahan orang ramai.

"Parti-parti politik perlu menerajui demonstrasi yang dijadualkan akan diadakan di Dataran Merdeka.

"Saya menyokong demonstrasi untuk memanggil reformasi pilihanraya. Demonstrasi ini perlu digalakkan dan dipromosikan, dan ia adalah lebih baik bagi PAS untuk memimpin dan bukan seseorang yang menyokong LGBT," kata Nasharudin yang juga berkas Timbalan Presiden PAS.

Tambah beliau parti-parti politik adalah pihak berkepentingan terbesar dalam reformasi sistem pilihan raya, bukannya individu.

"PAS dan pihak yang lain mestilah tampil ke hadapan dan memimpin. Ini adalah permainan ahli politik, bukan orang awam," kata Nasharudin. -mStar-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive