Monday 23 April 2012

BIAR BETUL !!! Muka Kesian Samseng Yang Serang Mahasiasia

Polis menahan tiga lagi individu yang didakwa menyerang 'perkhemahan' aktivis yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma pada awal pagi Khamis lalu.
Jumlah itu menjadikan kesemuanya empat orang ditahan polis setakat ini berhubung insiden serangan yang menyebabkan kecederaan ke atas siswa berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Subang Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohmad berkata pihak polis telah memperolehi perintah reman sehingga 25 April ini.

Katanya, dua daripada suspek berkenaan daripada Kampung Kebun, Kelang masing-masing merupakan seorang tukang kimpal berusia 30 tahun dan seorang penganggur berusia 28 tahun.

Seorang lagi suspek, daripada Kampung Pandan Klang merupakan seorang penganggur berusia 29 tahun.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'. mK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive