Sunday 22 April 2012

Dua aktivis Occupy Dataran bebas nak buat apa2??.

KUALA LUMPUR - Kedua-dua aktivis Occupy Dataran, yang ditahan awal pagi tadi oleh polis, telah dibebaskan petang ini dan dijangka akan dikenakan dakwaan oleh pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat.

Fahmi Reza dibebaskan sekitar jam 3 petang manakala rakannya, Umar Mohd Azmi dibebaskan tiga jam kemudian. Selepas dibebasakan, Fahmi tiba di Dataran Merdeka, tempat mereka berkhemah sejak Sabtu lalu, sekitar jam 3.30 petang.

"Saya telah ditahan oleh penguat kuasa DBKL dan kes tersebut adalah di bawah DBKL," ulas Fahmi, yang dijangka akan didakwa di bawah Akta Parit dan Bangunan, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

Fahmi perlu berada di mahkamah pada 22 Mei untuk menghadapi dakwaan. Umar telah dibebaskan pada jam 6 petang dengan diikat jamin oleh ayahnya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa perjuangan mereka belum selesai dan akan terus berjuang sehingga 28 April ini walaupun pelbagai kesukaran dihadapi semenjak mereka berkhemah di Dataran Merdeka.

Syahid juga memberitahu bahawa pihaknya akan meneruskan aktiviti seperti biasa di Dataran Merdeka malam ini, bermula dengan sidang rakyat yang akan membincang isu yang berkaitan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengajian percuma.-sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive