Wakil aktivis Occupy Dataran, Misslina Mustafa (gambar) berkata, beliau bersama kumpulannya juga akan terus memberikan sokongan kepada mahasiswa menyatakan sokongan kepada tuntutan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kami mendirikan khemah semula sebagai sokongan kepada mahasiswa yang memperjuangkan hak dan menjadikan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk menyuarakan pendapat.
Occupy Dataran dan kumpulan mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu sebagai protes dan meminta kerajaan menghapuskan PTPTN.
Kumpulan berkenaan menolak campur tangan sebarang parti politik mencampuri urusan mereka. Bagaimanapun, perkhemahan ini menerima kunjungan pembangkang kerana dikatakan menyokong idealogi yang dibawa mereka.
Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalih dan menyimpan khemah pelajar dan aktivis Occupy Dataran menghormati Konsert Diraja sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. -sH
No comments:
Post a Comment