Saturday 21 April 2012

BIAR BETUL !!! Operasi JPJ Kerumah? Buatlah ApaYang Patut Kerajaan BN!!

AIR SEJUK – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu melaksanakan pemeriksaan kenderaan di taman perumahan dan tempat letak kereta awam, bagi mengesan pengguna yang melakukan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan mereka.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi sedemikian bakal dilaksanakan di negeri ini untuk mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan teknikal seperti cermin gelap dan ubah suai kenderaan tanpa kelulusan.

Menurutnya, penguat kuasa JPJ akan ke tempat berkenaan dan kenderaan yang didapati melakukan kesalahan akan diberi notis.

“Kami tidak akan terus mengeluarkan saman sebaliknya, mereka terlebih dahulu diberi notis arahan pemeriksaan secara kiriman pos kepada pemilik berdaftar.

“Mereka diberi tempoh sebulan untuk membetulkan kesalahan dan hadir semula menjalankan pemeriksaan di tempat yang diarahkan untuk menentukan sudah tidak melakukan kesalahan lagi sebelum saman dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Khas Pengarah di Stesen Penguatkuasa (SPK) Air Sejuk, Setiu di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 2 hingga 5 petang itu, sebanyak 140 kenderaan diperiksa dan sebanyak tujuh saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain lapan notis arahan menjalani pemeriksaan kepada pemilik kereta kerana menggunakan cermin gelap.

Abdul Rahman berkata, penggunaan cermin gelap di negeri ini masih tinggi dan alasan cuaca panas antara paling banyak diterima JPJ negeri daripada pengguna yang menggunakan cermin gelap melebihi had.

Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,514 notis telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk semua kenderaan ialah 70 peratus bagi cermin depan dan setiap 50 peratus untuk cermin sisi serta belakang.

“Cermin gelap hanya dibenarkan atas dua faktor sahaja iaitu keselamatan dan kesihatan yang terlebih dahulu perlu mendapatkan perakuan pihak berkaitan seperti polis dan Kementerian Kesihatan sebelum kelulusan diberikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive