Monday, 23 April 2012

1998!!! Berehey Mung Kena Tolong Aku - Anwar



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi.


Ibrahim berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

"Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam.

"Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi. -mK

1 comment:

  1. Nama Kelab pun dah lawak..memang dah kena sangat dengan ketua tibai....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive