Thursday, 19 April 2012

Penyanyi 'Jangan Kau Rayu' Kembali

Rahim Maarof teruja untuk kembali ke pentas kelab malam selepas 20 tahun tidak berbuat demikian. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Rahim Maarof bakal kembali menyanyi di kelab malam secara eksklusif selepas 20 tahun semata-mata untuk menjayakan sebuah persembahan istimewa buat para peminatnya di Rum Jungle Bar & Restaurant di sini pada 6 Mei depan.

Rahim berkata, dia mengambil keputusan itu kerana ingin mengimbau kembali kenangan ketika zaman silamnya. "Saya bermula sebagai seorang penyanyi kelab dan kali terakhir membuat persembahan kira-kira 20 tahun lalu".

Ujarnya, permintaan peminat yang mahu melihat dia membuat persembahan secara “live” telah membuatkan dia bersetuju untuk mengadakan persembahan itu.

"Saya sudah rancang untuk mengadakan pertunjukan ini lebih dua tahun lalu, Alhamdulillahlah baru sekarang dapat melaksanakan hajat itu," ujarnya.
 Persembahan Rahim akan diiringi oleh Havoq Studio diketuai oleh Man Greng 
Dalam pada itu, Rahim berkata, persembahan yang bermula pada pukul 10 malam itu dia akan mempersembahkan lebih 15 buah lagu seperti Istana Menanti, Usang, Shakila termasuk single terbarunya.

Persembahan itu turut diiringi oleh pemuzik daripada Havoq Studio diketuai oleh Man Greng daripada kumpulan Gersang.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menjelang persembahan itu nanti, Rahim berkata, dia dan pemuziknya kini giat menjalankan latihan setiap hari bagi memastikan konsert itu meninggalkan kenangan manis buat peminat.

"Kita juga ada menerima pelawaan untuk mengadakan persembahan di Singapura. Harap-harap perancangan itu akan menjadi," ujarnya.

Rahim juga memberitahu, selepas selesai konsert di Kuala Lumpur, dia akan memberikan tumpuan kepada single terbarunya untuk dipromosikan di stesen radio tempatan selain merancang untuk kembali dengan album terbaru. - mStar


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive