Monday, 16 April 2012

BIAR BETUL !!! LAGI UMNO MASUK PAS..APAKAH GERAKAN TUKAR SUDAH HILANG POWER??

KETEREH, 15 April - "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah istilah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua UMNO Keterah, Tan Sri Annuar Musa (foto). Beliau yang baru saja digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini kehilangan pula orang kuatnya apabila mereka bertindak keluar UMNO malam tadi.

Mereka yang keluar bukanlah calang-calang orang kerana mempunyai jawatan, antara mereka ialah Penghulu UMNO (Penyelia Pembangunan Mukim) dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sendiri.

Laporan harakahdaily dipetik, malam tadi seramai 50 orang pengikut setia Anuar Musa di DUN Ketereh bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

Mereka terdiri daripaa Penghulu UMNO dari empat mukim di Ketereh yang diketuai oleh Rafia Jusoh,67, dari PPM Lancang. Sementara itu tiga lagi yang berbuat demikian ialah Sanusi Jaya (PPM Buloh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaafar (PPM Chegar).

Manakala seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim. Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit.

Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit. Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang.

Paksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990. Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan Umno Kampung Durian Pahit.

Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin UMNO apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

“Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka. Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira penyokong PAS atau UMNO. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.


Ulasan pT

Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UMNO/BN akan jatuh tumpas? Mungkin mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama. Maka mereka sanggup menyeberang parti meninggalkan Umno dan singgah kepada PAS walaupun mereka tahu yang PAS hanya sekadar parti yang pandai menabur janji-janji manis.

Pelik bin Ajaib, rata2 di kalangan 50 facebookers  umno Kelantan, bersependapat mengatakan Gerakan Tukar Kerajaan Kelantan telah diterima oleh sebilangan besar  rakyat Kelantan. Tambah mereka, menjadi satu fenomena bila setiap kali program yang di jalankan mendapat sambutan hangat. Tambahan pula para menteri seakan terbuai dengan ayunan dan lemah gemalai  gerakan ini . 

Tahniah atas kejayaan gerakan ini berusaha tanpa mengenal erti penat lelah untuk merampas kembali Kelantan dari tangan PAS. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah fenomena tukar ni menjadi 'terbalik kod' iaitu UMNO masuk PAS. Apakah gerakan TUKAR telah hilang taringnya??

Kenapa pT berkata demikian kerana setiap minggu ada sahaja pemimpin peringkat bawah serta ahli UMNO yang bertukar arah menjadi penyokong PAS. Macam-macam alasan yang diberikan oleh mereka yang beralih arah ini. Sesungguhnya fenomena ini akan memberi kesan yang maha hebat kepada UMNO/BN Kelantan untuk menghadapi PRU13 nanti. Apa yang diharapkan  fenomena  'mutaligat' ini akan tamat sebelum PRU13. Insyaallah. Fikir-fikirkanlah!!!

4 comments:

  1. Apa kaitan dgn gerakan tukar bro.nak keluarkan artikel jgn ada nak kaitkan dgn kewujudan ngo lain.itulah hebatnya mainan politik.bab penghijrahan daripada umno ke pas ataupun sebaliknya memang sentiasa dan ada wujud bila nak pru.jangan jadi otak sempit bro.apa kaitan facebookers dan bloggers kelantan.teima kasih lah dengan ulasan yang down tu.

    ReplyDelete
  2. Sah ..... TUKAR dan tunggang terbalik. Ajak budak lima tahun main tampal stiker....Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau tak boleh dikaitkan..jadi apa fungsi dan tujuan ngo tukar ditubuhkan..baik.. setakat nak cari populariti dan kepentingan peribadi baik tak payah. Kalau hanya gah pada nama... saja..baik tak payah.

    ReplyDelete
  4. hanya org Bodoh Bin Bangan je yg masih tak buka pintu hati!!!!!Pas duk pakat dgn DAP apa kejadah nya woi!!!!!! DAP TOLAK negara ISLAM TU!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive