Monday, 23 April 2012

Pernah Abaikan Ibu - Jamal Abdillah


Jamal Abdillah
PETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah begitu kesal ketika berada di puncak populariti, beliau pernah mengabaikan ibunya Zainon Hassan.

Jamal berkata ia berpunca kerana kesibukannya sebagai artis selain banyak memenuhi undangan pertunjukan pentas.

“Arwah ibu meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.

"Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasih seorang bernama ibu,” katanya.

Tambah Jamal, sebagai anak yang pernah merasai kesedihan akibat kehilangan seorang ibu, apa yang masih berbekas di hatinya itu kini hanya tinggal kenangan.

Jamal berkongsi kesedihan itu agar dijadikan pedoman oleh semua pihak sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei depan. Ia akan bermula pukul 8 malam.

Persembahan anjuran MSiS Events & Services turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara majlis.

Pada persembahan itu nanti, Jamal akan mempersembahkan sebanyak 15 lagu termasuk 'medley' dari album pertamanya hingga terbaru diiringi band di bawah pimpinan Belle Fatah.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Jamal ialah Cinta Selayang Pandang, Kasihnya Ibu dan Tidurlah Permaisuri.

Disamping itu Jamal juga akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi undangan, Ibnor Riza.

Dalam pada itu, bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan, pihak penganjur akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive