Tuesday 24 April 2012

TPM Lulus RM500k Untuk Pekan Jelawat


BACHOK - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat di sini, bagi memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang berniaga di pasar itu.

Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar tersebut, sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.

Sebaik tiba pukul 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Muhyiddin turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar tersebut, bersama orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan beliau yang juga Menteri Pelajaran.

"Peruntukan segera RM500,000 ini menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat terhadap nasib peniaga kecil di sini," kata Awang Adek, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok ketika mengumumkan peruntukan itu, di hadapan peniaga dan orang ramai di pasar itu.

 Tan Bee Te, 37, pula berharap dengan kehadiran Muhyiddin akan memberi nafas baru ke arah pembangunan di Bachok.

Beliau yang menjalankan perniagaan jam dan telefon bimbit berkata jika Bachok dibangunkan seiring dengan negeri lain, beliau percaya perniagaannya yang kini hanya mencatatkan RM500 hingga RM600 jualan sehari akan meningkat.- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive