Sunday, 22 April 2012

1000 Bantah LGBT

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

Berucap dalam majlis itu, Mursyidul AM NGO TIBAI Zahid Mat Arip berkata perhimpunan mereka sebagai membantah LGBT kerana ia "sangat jijik dan meloyakan" dan tidak mahu negara ditimpa bencana sekiranya amalan itu berleluasa.

Menurutnya perhimpunan tersebut, yang rata-ratanya disertai oleh mahasiswa dan anak muda -- sebagai menjadi isyarat penolakan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13. -mK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive