Tuesday, 17 April 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! Neslo punya pasal


KOTA BHARU – Seorang lelaki yang cedera dibelasah orang ramai setelah dikatakan mencuri serbuk minuman Milo dan Nescafe di sebuah pasar raya di sini, Khamis lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Ruzailani Mat Yusoff, 33, dari Batu 4 Jalan Kuala Krai di sini, dijatuhi hukuman lapan bulan penjara selepas mengaku bersalah pada pertuduhan 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dakwaan ke atas tertuduh dibuat Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Berdasarkan pertuduhan, dia didapati bersalah mencuri dua paket Milo masing-masing 1.1 dan 2 kilogram (KG) dan empat paket Nescafe 300 gram setiap satu milik sebuah pasar raya di sini, pada jam 4.50 petang, 12 April lalu. -sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive