Sunday 15 April 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!!! Ditahan miliki 335 pil ekstasi

MELAKA - Polis menahan empat orang termasuk sepasang kekasih dan merampas 335 biji pil ekstasi bernilai RM23,450 dalam operasi di hadapan sebuah bengkel kereta kawasan pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) Duyong di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Md Azmi Othman berkata, penganggur berusia 38 tahun bersama teman wanitanya yang merupakan seorang juruandam, 25, ditahan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan Ops Tapis di kawasan itu pada pukul 10 malam.

Hasil pemeriksaan terhadap pasangan itu dan kereta mereka, polis menemui beberapa biji pil Eramine 5 di dalam beg sandang seorang daripada mereka dan syabu dianggar seberat 31.5 gram serta peralatan menghisap dadah, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas kereta terbabit di Balai Polis Banda Hilir di sini kemudian menemui 335 pil ecstasy yang dianggar bernilai RM70 sebiji.

Md Azmi berkata selain pasangan itu, polis turut menahan dua lagi lelaki berusia 19 dan 35 tahun yang berada di hadapan bengkel itu bagi membantu siasatan.

Ujian air kencing terhadap pasangan kekasih itu turut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamin, katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive