Monday, 23 April 2012

UMNO oh UMNO - PRU13????


Pada tahun 2004 Tun Abdullah telah menghadapkan kemuka pengadilan mendiang TSEric Chia dan TS Kasitah Gadam atas tuduhan rasuah. Tindakan itu dilihat rakyat sebagai bukti kesungguhan dan komitmen kerajaan Tun Abdullah membenteras rasuah.

 Rakyat menyokong tindakan itu dan sokongan ini diperlihatkan dengan kemenangan cemerlang, gemilang dan terbilang Tun Abdullah pada PRU ke 11. Pada PRU ke 11 itu, UMNO dan Barisan Nasional memenangi 198 daripada 219 kerusi yang dipertandingkan, kemenangan paling cemerkang, gemilang dan terbilang dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional.

Kecemerlangan kemenangan ini bertambah bermakna apabila dilihat UMNO kehilangan sokongan orang Melayu. Tun Abdullah dianggap pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang kerana berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu kepada UMNO.

Dalam pada itu, rakyat memerhatikan tindakan Tun Abdullah berhubung impian beliau membenteras rasuah. Kes mendiang TSEC dan TSKG dipantau rapi oleh rakyat. Di samping itu diwar-warkan 'konon'nya ada 18 kes rasuah yang melibatkan personaliti berfrofil tinggi yang sedang dalam tindakan kerajaan.

Rakyat merasa lega dengan pengumuman itu. Kerajaan Tun Abdullah nampak komited memerangi rasuah. Kerajaan ini mesti diberi sokongan sepenuhnya supaya rasuah yang pastinya akanmenghancurkan negara itu dapat dibendung, congak mereka.

Dari hari ke hari rakyat menunggu tindakan yang dijanjikan oleh UMNO dan Barisan Nasional pimpinan Tun Abdullah berhubung kes 18 personaliti berfrofil tinggi itu. Tunggu punya tunggu, sampai bulan Mac 2008, habuk pun tidak kelihatan.

Mendiang TSEC dan TSKG pula akhirnya dibebaskan dari tuduhan rasuah oleh mahkamah tanpa pembelaan mereka dipanggil. Rakyat terasa dipermain-mainkan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Perasaan untuk mengajar membuak-buak di hati rakyat dan ini dinyatakan dengan jelas dalam PRU k3 12 pada bulan Mac 2008.

Mungkin rakyat akan mengajar lagi UMNO dan Barisan Nasional yang selalu alpa dengan kes-kes yang membabitkan pemimpin UMNO dengan rasuah dan salah guna kuasa. Kebarangkalian UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi pembakang selepas PRU ke 13 semakin ketara.

PT berpendapat sedemikan kerana tidak nampak keinsafan dalam tindak tanduk pemimpin UMNO dlam menanngani isu rasuah dikalangan mereka. Jauh sekali hasrat untuk 'mentransformasikan' UMNO seperti yang dituntuti rakyat melalui keputusan PRU ke 12 dahulu. Kuasa memilih pemerintah berada ditangan rakyat. Pastikan PRU ke 13 tidak berlalu sia-sia, buatlah pilihan yang tepat dan semoga rakyat dapat membezakan antara mimpi dan realiti. Fikir-fikrkanlah!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive