KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.
Tindakan itu akan diambil pada jam 3 petang ini.
Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda.
Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok.
Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," kata beliau. Mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan.
"Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi.- sH

No comments:
Post a Comment