Saturday 31 March 2012

Letupan di Haadyai: 11 rakyat Malaysia cedera


KANGAR — 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel terkemuka di bandar Haadyai hari ini.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.

Beliau berkata, butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Menurut Mohd. Aini, pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive