Thursday, 22 March 2012

BIAR BETUL!! PINGGIRKAN GURU UMNO KINI SEMAKIN HANCUR???


Sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946 hingga ke penghujung era 1980'an, kaum guru adalah tonggak kepada perjuangan UMNO. UMNO mampu menempa kejayaan berkat pengorbanan dan usaha gigih kaum guru ini kerana sebagai guru mereka lebih mengutamakan nasib anak bangsa daripada kepentingan peribadi.

Malang bagi UMNO, di akhir era 1980'an peranan kaum guru diambil alih oleh ahli-ahli perniagaan. Kalau dulu kaum guru yang aktif menggerakkan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, sejak dasar pengswastaan dan 'Malaysia Incorporated' dilaksanakan oleh Tun M, kaum guru telah diketepikan. Di tempat mereka muncullah ahli-ahli perniagaan Melayu yang dilahirkan berikutan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai ahli perniagaan, kumpulan ini lebih berjuang untuk mendapatkan kontrak dan projek. Akibatnya amalan rasuah dan salahguna kuasa mula menular di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sehingga hari ini ia menjadi budaya dan amalan barangkali. Setiap kali di musim pemilihan parti, ada saja pemimpin dan ahli UMNO ditangkap mengamalkan rasuah politik.

Perkembangan yang berlaku tidak begitu baik bagi masa depan UMNO. Eloklah gejala ini di benteras sebelum nasi menjadi bubur. Satu cara menangani alaman keji ini ialah dengan mengembalikan peranan kaum guru di dalam UMNO. Dengan kaum guru menguasai perjuangan dan halatuju UMNO, dipercayai mereka mampu membawa UMNO kembali ke landasan yang mulia demi bangsa, agama dan negara sekaligus memenangi semula hati nurani rakyat jelata. 

Ahli perniagaan pula eloklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan mereka. SESUNGGUHNYA kerjaya politik dan perniagaan tidak boleh disatukan, banyak mudaratnya dari kebaikan.

Rakyat jelata bagaimanapun tidak suka kepada rasuah dan salahguna kuasa dan pasti akan menghukum mereka yang rasuah dan salahguna kuasa itu di PRU13 nanti sama seperti yang mereka lakukan di PRU12 dahulu. Fikir-fikirkan lah siapakah yang MAMPU membawa pembangunan, kemakmuran dan keamanan kepada negara tercinta ini!!!

Sumber : Buku Politik

2 comments:

  1. Sbb 2 la ramai guru dlm diam2 menyokong pembangkang.Mereka rasa mereka trhina.Apabila pemilihan d Cawangan atau di Bhgian UMNO merka kalah.Kalah bukan kerana guru tidak cerdik dan tidak pandai tapi geng2 ahli perniagaan buat macam2 hal untuk mermpas kepimpinan dan wanglah jadi puncanya.Guru hanya dgn ilmu dan keikhlasan saja.Guru hanya mahu berkhidmat untuk UMNO tapi mula d pinggirkan.Sekarang 10 orang guru hanya 2 orang saja adalah penyokong UMNO.Itu pun sokongan terpaksa.Silap2 semasa PRU mereka undi pembangkang.wasalam.

    ReplyDelete
  2. Memang betul apa yg dinyatakan oleh sahabat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive