Kita tidak tahu idea mendesak supaya Sharizat ini dating dari siapa tapi nampak macam ada kesinambungan apabila Rafidah Aziz,Sharipah Norli dan Maznah Mazlan mengungkap desakan yang sama walaupun esok (Jumaat) Presiden UMNO akan bertemu dengan seluruh pimpinan Wanita UMNO dari semua peringkat.
Semua orang tersenyum apabila Kamilia memberikan alasan bahawa beliau mendapat petunjuk dari akar umbi Wanita UMNO yang mahu Shahrizat mengosongkan kerusi itu sedangkan semua orang tahu bahawa Kamilia berada di luar Negara hampir empat bulan dan mula mempersoalkan statistic mana yang dipakai oleh beliau bagi mendesak Shahrizat untuk mengikut telunjuknya.
Cara Kamilia ini macam mahu mengajar Presiden dan seolah-olah mahu menunjukan dia lebih bijak untuk membuat keputusan walaupun setakat ini kita belum Nampak pun apa jasa serta sumbangan beliau kepada parti termasuklah di negerinya sendiri.
Budaya memijak pemimpin dan kawan masa dalam kesusahan ini menular di kalangan pimpinan Wanita UMNO dimana sepatutnya dalam keadaan Ketua mereka sedang berdepan dengan masalah perniagaan suami, sepatutnya semua pimpinan Wanita terutama Kamilia sebagai Naib Ketua harus berdiri menyokong Ketua mereka dan bukannya menongkah arus.
Kita yakin bahawa Shahrizat amat kecewa dengan Naib Ketuanya ini malah suara Kamilia itu boleh kita anggap bukan suara akar umbi kerana Shahrizat menang ketua Wanita kerana mengalahkan Rafidah Aziz sedangkan Kamilia mendapat jawatan Naib Ketua tanpa bertanding,hanya ihsan perwakilan kerana menyedari kuasa Naib Ketua hanyalah dua perkara iaitu membantu ketua dan mempengerusikan mesyuarat semasa Ketua tiada.Itu sahaja,tiada lebih dan tiada kurang.
Manis bersama,pahit sendirian!
Namun Kamilia menjadi duri dalam daging kerana mungkin selama ini kepimpinan ataupun kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita gagal menyaingi ataupun membantu Shahrizat dan peluang yang ada di depan mata hari ini,Kamilian guna semaunya untuk mengasak Shahrizat hingga ke dinding.
Kamilia cuba mengambil alih kuasa Presiden parti dan tangan ghaib manakah yang memberikan jalan kepada Kamilia hingga beliau menjadi begitu berani dan biadap walaupun beliau tahu Presiden parti akan bertemu dengan Wanita UMNO esoknya.
Soalnya,adakah apabila Shahrizat meletak jawatan,Kamilia mampu mengemudikan Wanita UMNO untuk berdepan dengan PRU13 nanti?Ataupun Kamilia juga berpendirian seperti ketam batu?
Kita tidak menyangka di sebalik pendiamnya Kamilia beliau bercita-cita besar untuk memangku jawatan itu dan adakah Kamilia yakin bahawa beliau akan mendapat sokongan penuh daripada semua Wanita UMNOsekiranya Shahrizat terpengaruh dengan desakan itu.
Kamilia boleh kita sifatkan sebagai pengkhianat yang sedang menyalakan api ataupun sedang menebuk kapal UMNO untuk mengkaramkan gerakan sedangkan beliau tahu untuk berdepan dengan PRU13 yang bila-bila masa akan diadakan ini,penyatuan serta pengukuhan Wanita serta sayap lain harus berada dalam keadaan siap siaga dan semua pemimpin serta ahli harus fokus untuk satu matlamat,menang besar dalam PRU13 nanti.
Dalam keadaan semua orang bersetuju Shahrizat melepaskan jawatan Menteri,atas nama parti seharusnya semua pihak menyerahkan kepada Presiden untuk mebuat keputusan dan bukannya memandai-mandai kerana jawatan Naib Ketua bukan tiket untuk berlagak bijak ataupun pandai.
Untuk Kamilia,jangan `makan’ daging kawan yang sedang cedera malah kita sepatutnya harus bertanggungjawab untuk sama-sama mengubatinya dan bukan terus menambahkan luka atau menyimbah garam pada cedera yang sedia ada.
Wanita UMNO pula yg hanya digelar 'lembu' sahaja sudah naik meroyan dan sanggup pula 'menikam' ketua dari belakang setelah ketua mereka ditumbuk dan diterajang dari depan oleh musuh...macam ini ke semangat setiakawan perjuangan Wanita UMNO ???
Wanita PKR tidak pernah menikam ketua mereka dari belakang walau pun seluruh dunia heboh memperkatakan ketua mereka itu suka menikam belakang, Ely Wong serta dll...kalau tidak pandai berhujah dengan pihak lawan maka lebih baik jangan jadi pemimpin dan lebih layak balik rumah jaga anak2 dan membelai suami sampai pagi...
Wanita PKR tidak pernah menikam ketua mereka dari belakang walau pun seluruh dunia heboh memperkatakan ketua mereka itu suka menikam belakang, Ely Wong serta dll...kalau tidak pandai berhujah dengan pihak lawan maka lebih baik jangan jadi pemimpin dan lebih layak balik rumah jaga anak2 dan membelai suami sampai pagi...
Sumber : Sanggah Tok Janggut
No comments:
Post a Comment