Friday 30 March 2012

MEMANG BETUL!!! Rasuah: MALAYSIA antara terbaik dakwa ahli politik.

Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.
"Sejarah menunjukkan kita antara yang terbaik mendakwa ahli politik dalam rasuah.

"Undang-undang tak ikut sesiapa, tak lihat siapa dia, hakim atau ahli politik. Rasuah jenayah individu dan bukan lihat pada politik dia," katanya pada wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau realiti" di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri yang berkhidmat 27 tahun bersama suruhanjaya itu berkata, sejak 1960-an sehingga kini, sudah ramai ahli politik yang telah diambil tindakan oleh SPRM.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media.

"Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.

Sementara itu, ketika ditanya oleh hadirin mengenai penggunaan kenderaan milik kerajaan semasa pilihan raya diadakan, Mohd Shukri berkata sehingga kini tiada garis panduan khusus mengenai perkara itu.

"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri.

"Sekarang garis panduan lengkap tiada tetapi kita boleh usulkan pada kerajaan supaya adakan panduan yang tegas berhubung penggunaan kenderaan kerajaan," katanya.MK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive