Bagi memantapkan persediaan Umno bagi menghadapi PRU ke 13, Umno pada bulan Julai 2011, telah menjalankan satu banci berhubung prestasi terkini parti.
Keputusan banci tersebut mendapati Umno hanya selamat di Melaka.Orang Melayu Melaka kelihatan masih kagum dengan Umno. Di Johor, sebuah negeri di mana Umno sangat kebal, kedudukan Umno tercabar tetapi boleh lagi bertahan. Umno berkemungkinan akan tewas di Negeri Sembilan, satu lagi negeri yang mana dulunya merupakan kubu kuat Umno.
Kedudukan majoriti Umno dan kuncu2nya di DUN Negeri Sembilan yang tipis ketika ini dikatakan boleh dan mampu dirobek lagi oleh Pakatan Rakyat sehingga tersungkur.Negeri Perak, negeri yang dirampas Umno dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009 melalui cara yang dianggap hina dan kotor oleh pengikut2 Pakatan Rakyat, dijangka akan kembali kepangkuan Pakatan Rakyat.
Belum dilakukan banci dinegeri2 lain di Semenanjung tetapi keadaan di negeri2 ini memang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Di Sabah dan di Sarawak Umno dan BN begitu cemas sekali menghadapi pergolakan politik di sana akibat bahang tsunami yang sudah mula merebak di kedua-dua negeri itu.
Banci ini menunjukkan Pakatan Rakyat kini berjaya menembusi negeri2 yang dahulunya mustahil untuk dimasuki sekaligus menunjukkan penghakisan pengaruh Umno semakin ketara.
Masa sudah semakin suntuk, adakah pemimpin2 Umno masih dibuai mimpi indah betapa selesanya mereka dengan jawatan yang disandang serta
kuasa yang ada?????
No comments:
Post a Comment