Tuesday, 27 March 2012

PRU13!!! Jun atau September???

Jun atau September? Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik mengenai pilihan raya umum akan datang dibangkitkan.Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berbanding berlaku lebih awal.

Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun.
Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

Dan terdapat rancangan Perdana Menteri yang seolah-olah untuk mengadakan pilihan raya pada Jun. Difahamkan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berkunjung ke Amerika Syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu dengan pegawai Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York. Majlis berkenaan ditubuhkan untuk membolehkan negara itu membuat lonjakan kuantum daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada yang berpendapatan tinggi.

Menurut sumber, Najib mungkin menghabiskan selama lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu dia boleh mengambil cuti pendek bersama keluarganya.
“Kita tidak tahu sama ada ini mengalihkan tumpuan media, yang sudah membuat persiapan penuh untuk pilihan raya,” kata seorang anggota Barisan Nasional (BN) apabila diberitahu tentang spekulasi tarikh pilihan raya yang baru.
 
Najib pada Sabtu lalu membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, beliau mengatakan keyakinan terhadap kerajaan semakin meningkat dan “rasa-rasa bunyi dah dekat.” (rasanya seperti pilihan raya akan berlaku).
“Sepanjang lawatan saya di seluruh negara sejak sehari atau dua hari lepas, saya dapat melihat keyakinan rakyat telah berkembang. Saya dapat merasakannya. Dalam politik, kita mesti ada perasaan itu dan saya rasa ia (pilihan raya umum) sudah dekat,” tambahnya lagi.

Jun dianggap sebagai tempoh seterusnya bagi Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya tetapi masih terdapat isu-isu yang memerlukan penyelesaian.
Dengan kedatangan April yang hanya beberapa hari lagi, parti-parti komponen Barisan Nasional masih sibuk menyelesaikan isu-isu pertukaran kerusi dan senarai calon-calon masih belum dimuktamadkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive