Friday, 9 March 2012

TERKINI!!!!! RANTAU PANJANG PENUH DENGAN SAMPAH..APA MDPM BUAT????


RANTAU PANJANG – Sampah yang tidak diselenggarakan dan diangkut di pekan Rantau Panjang sejak dua hari lalu mengundang bau kurang menyenangkan hingga mengganggu kelancaran pengunjung membeli belah.


Sampah-sampah ini tidak dibuang di kawasan yang dikhaskan, sebaliknya diletakkan pada bahagian tepi tempat pembuangan sampah.


Yang peliknya pihak berkuasa tempatan macam sengaja membiarkan sampah sarap bertimbun di beberapa tempat pembuangan di tepi jalan berhampiaran premis perniagaan.

Kedudukannya di tengah-tengah pekan tumpuan ramai ini, menyebabkan orang ramai terpaksa menutup hidung ketika melalui kawasan ini kerana tidak tahan dengan bau sampah. PT juga tertanya-tanya kemanakah MDPM yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan serta keselesaan para pengunjung semasa membeli belah.

Pengunjung, Ramli Che Hassan, 46, yang juga penduduk tempatan berkata, dia malu melihat keadaan di pekan Rantau Panjang ini.

Menurutnya, sampah di sini sepatutnya kerap diselenggarakan memandangkan kawasan ini sering menjadi tumpuan orang ramai.

“Sekiranya pelancong luar melihat kawasan ini, sudah tentu ianya dapat menjatuhkan imej kawasan pelancongan ini.

“Selain sampah, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengkaji semula kawasan parkir yang tidak mencukupi sehingga menjejaskan hasrat pengunjung untuk membeli belah di sini,” katanya lagi.

Sementara itu, penjaja, Samizam Zain, 32, berkata, dia tidak dapat menjaja di sekitar kawasan pembuangan sampah kerana bau yang kurang menyenangkan.

Menurutnya, sekiranya berniaga di kawasan pembuangan sampah, pengunjung tidak akan membeli makanan yang dijualnya.

Samizam berkata, bukan kawasan pembuangan sampah sahaja, persekitaran pekan ini terlalu kotor dan perlukan perhatian segera tambahan esok (hari ini) bermula cuti sekolah.
Menurutnya, setiap kali cuti, jumlah pengunjung ke sini meningkat mendadak.

Adakah kurangnya kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan menyebabkan pekan Rantau Panjang menjadi busuk dan memalukan kepada para pengunjung  atau Kerajaan Pas Kelantan memang amat naif dalam memikirkan masalah sampah di seluruh negeri Kelnatan..




Sumber : Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive