Thursday, 29 March 2012

HEBAT BETUL!!! - Remaja reka cerita diculik boleh didakwa.



SHAH ALAM - Remaja yang mereka cerita diculik dan dilarikan ke Thailand, selain terlibat dalam aktiviti meminta sedekah, boleh dikenakan tindakan mengikut jenayah komersial sekiranya ada bukti kukuh untuk mendakwanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, bagaimanapun orang awam yang pernah menjadi mangsa penipuan perlu tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan.

"Jika dia mendakwa mewakili sesuatu organisasi dan siasatan mendapati ia palsu, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Syaratnya, mangsa perlu membuat laporan polis kerana tindakan remaja itu memperdayakan seseorang supaya memberi sesuatu sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan polis terhadap remaja terbabit, berusia 14 tahun, yang didapati terlibat dalam kegiatan meminta sedekah bersama lima remaja Myanmar, berusia antara 14 dan 17 tahun.

Sebelum itu, ibunya membuat laporan polis mengatakan dia hilang selepas menghantarnya di sebuah hentian bas di Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.

Remaja perempuan dan lima lelaki warga Myanmar tersebut kemudiannya diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac, setelah mendakwa diculik.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati remaja tersebut sengaja mereka cerita bahawa dia diculik.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Kuala Selangor kerana menipu sebagai wakil untuk mengutip derma bagi pembinaan sebuah masjid di Thailand, baru-baru ini.

"Lelaki itu membawa surat sebagai bukti dan setelah disemak, surat tersebut adalah palsu. Tangkapan ini merupakan kes kedua direkodkan tahun ini," katanya.SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive