
Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.
Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".
Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.
Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.
Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH. -MK
No comments:
Post a Comment