Saturday 31 March 2012

BIAR BETUL!!! GALI BALIK KUBUR.

Sekumpulan masyarakat Orang Asli Seletar Johor mendesak kerajaan negeri supaya mewartakan sebidang tanah yang dijadikan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Batu dekat Johor Bahru, sebagai kawasan rizab Orang Asli.
NONEJurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim mendakwa sebahagian tanah perkuburan itu yang diratakan dengan jentolak – untuk pembangunan Wilayah Iskandar – menimbulkan kemarahan masyarakat.

Katanya, tanah itu menjadi tempat pengebumian dari lima lagi perkampungan Orang Asli sekitar, termasuk Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sungai Tiram.

"Kami mahu ia diwartakan sebagai tanah perkuburan, termasuk tanah adat Orang Asli. Kalau tidak diwartakan, (tulang mayat) nak tanam kat mana?” tegasnya yang ditemui di kawasan perkuburan itu.

Apatah lagi, Eddy menegaskan berdasarkan adat dan amalan, masyarakat mereka yang juga dikenali sebagai Orang Asli Laut tidak pernah membongkar kembali kubur untuk dipindahkan.
NONE"Tidak pernah dalam sejarah kami, tanam, kemudian gali balik. Saya pun tak berani (nak bongkar). Tulang-tulang tu nak letak mana?" tegas Eddy lagi sambil menambah, beliau difahamkan kawasan itu bakal dimajukan sebagai kawasan peranginan.

Eddy juga mendakwa tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kawasan itu diratakan.

Disember lalu, kira-kira 500 Orang Asli Seletar mengadakan bantahan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar selepas tanah mereka didakwa diserahkan kepada pemaju untuk pelan pembangunan Iskandar. - MK



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive