Wednesday, 14 March 2012

"APA BERUNDUR ? SHAHRIZAT SUDAH TAMAT TEMPOH SENATOR APRIL,"- RAFIDAH.


Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.


"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail pada 13 March 2012.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah. 


Barangkali betul kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap Umno parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden, Umno kini busuk sampai ke usus..

PT beranggapan jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato' Seri Najib dan orang - orangnya sedang bertungkus lumus untuk  menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .

Hanya rakyat yang boleh menentukan jatuh bangunnya UMNO dalm PRU13 nanti!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive