Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.

Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah (KARISMA) Mohamad Hafizudin Abdul Mukti berkata kenyataan Khaled amat mengecewakan serta kerajaan sepatutnya menanggung beban rakyat ia merupakan tanggungjawab.
"Jika kerajaan yang memerintah hari ini tak sanggup untuk menanggung beban dan masalah rakyat, maka elok sahaja rakyat memilih parti lain yang mampu memberikan pendidikan percuma dan mampu memansuhkan PTPTN demi kesejahteraan rakyat," katanya
Sementara itu, Mandeep Singh yang kini menggerakkan "Kelab Mangsa PTPTN" dalam PSM berkata, kerajaan patut membebaskan kira-kira 130,000 peminjam tabung berkenaan daripada disenaraihitamkan.
Ini kerana, tindakan itu menyukarkan peminjam untuk pergi keluar negara seperti yang dihadapinya pada Julai tahun lalu - sehingga beliau bertindak menyaman PTPTN di mahkamah.
Beliau turut mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian jika memerintah kelak.
Bayarlah pinjaman PTPTN , bersyukurlah generasi sekarang dapat peluang belajar dari sijil, ketahap diploma dan ijazah. Masa kami dulu tiada IPTS hanya ada IPTA dan peluang untuk menyambung belajar tiada ,tempat terhad. Lepas spm kena kerja kerani atau kilang .Sedih melihat anak-anak muda sekarang dgn. lantang tak mahu bayar PTPTN tapi boleh tukar ganti handphone , melanggan ASTRO, makan direstoren fastfood , kopiteam, starbuck dll. Kita berpeluang belajar jangan deny hak orang lain untuk belajar.
ReplyDelete