Friday, 30 March 2012

TANDAS LRT MELETUP !!! POLIS : BUKAN KERJA PAKAR

Individu yang meletakkan mercun pada penutup mangkuk tandas di Stesen LRT Sri Rampai pada Rabu lepas yang mengakibatkan seorang lelaki cedera, bukannya pakar membuat bom, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota-anggota forensik polis mengenal pasti bahan api yang digunakan hanyalah sejenis mercun.

"Ia bukan dilakukan oleh mereka yang pakar membuat bahan api...ia hanyalah sejenis mercun, bukan bom kerana tiada sumbu, bateri atau mempunyai jangka masa untuk diletupkan.

"Kita telah mendapatkan rakaman CCTV yang merakam suspek yang masuk ke dalam tandas itu sebelum mangsa. Kita akan teliti untuk mengesannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ku berkata perbuatan individu itu juga tidak menyasarkan pihak tertentu.

"Mungkin suspek telah menyalakan mercun berkenaan terlebih dahulu di belakang penutup tandas itu sebelum keluar," katanya.

Dalam kejadian 1.15 petang itu, Muhammad Sakereen Basri, 22, cedera di bahagian belakang dan paha kirinya apabila penutup mangkuk tandas, yang sedang digunakannya, meletup dan pecah dipercayai akibat mercun.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive