Tuesday 27 March 2012

MENTERI AMARAN!!! Ahli politik diminta lapor kepada polis jika rasa terancam???

 
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli politik di negara ini diminta melaporkan kepada pihak polis sekiranya merasakan diri mereka terancam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kegagalan ahli politik berbuat demikian menyebabkan pihak polis sukar menjamin keselamatan mereka terutamanya ketika menghadiri ceramah umum di seluruh negara.

"Polis adil memastikan keselamatan mereka (ahli politik).. ketua pembangkang, anak kepada ketua pembangkang sekalipun, jika rasa tidak selamat mereka boleh memohon sendiri kepada polis, saya sendiri memberi jaminan.

"Tetapi jika tidak dimaklumkan dan sesuatu berlaku, ini tidak boleh salahkan pihak polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mengenai kejadian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong 'diserang' di perhimpunan pendidikan Cina di Kajang semalam, Hishammuddin berkata sekiranya polis dimaklumkan terlebih dahulu kehadiran Wee di perhimpunan itu, beliau yakin kejadian itu dapat dielakkan.

"Kita akan buat apa yang sepatutnya selepas ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang. Kita sedia maklum perkara ini akan berlaku dalam konteks ceramah masing-masing (kerajaan dan pembangkang)," katanya.

Beliau menasihatkan Wee membuat laporan polis sekiranya merasakan diri beliau terancam selain membolehkan polis membuat siasatan.

Sebuah portal berita melaporkan Wee diusir dari perhimpunan itu oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) yang membantah terhadap kekurangan guru sekolah Cina.- Bernama

Komen PT

Kesilapan pemimpin pada masa dulu2 iaitu Umno/BN. Kenapa tidak dibuat satu sekolah kebangsaan Malaysia saja pada waktu itu. Ini sibuk  hendak sekolah mengikut kaum masing2. Sekarang sudah nampak hasilnya. Tidak terfikirkah pemimpin2 apa yang akan terjadi di masa depan? Fikir-fikirkanlah!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive