Saturday 31 March 2012

BIAR BETUL!!! 36 DUN Selangor milik BN - NOH


Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin BN akan berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan rayan umum akan datang.

Katanya, mereka yakin akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Nanyang Siang Pau.

Dalam wawancara eksklusif itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Noh berkata, mereka memang mahu merampas Selangor dengan majoriti mudah tetapi jika berjaya mendapat majoriti dua pertiga, ia dikira "bonus".

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung. mk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive