Menurutnya, Anwar tidak lekang dengan kontroversi, dibangkitkan oleh bekas pengikut setianya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan. “Isu demi isu dikaitkan dengan Anwar malah ia bukannya kontroversi yang kecil, tetapi melibatkan isu moral pemimpin terbabit.
“Bukan Nallakarupan yang lantang bersuara, tetapi ramai lagi bekas pengikutnya, mula ‘membuka pekung’ Anwar,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zink kepada 250 mangsa ribut di Kelar, berjumlah RM 80,000, semalam. Menurutnya, rakyat perlu mengambil serius terhadap semua pendedahan yang dilakukan bekas pengikut Anwar, agar tidak lagi hidup dalam pembohongannya.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menimbulkan isu baru, dengan menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan beragama Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Anwar bijak bermain dengan sentimen mereka, kerana pemimpin PKR ini, hanya mahukan undi kaum lain.
“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. SH
Komen pT
Tindak Tanduk Tok Him mempertahankan hak melayu la!
ReplyDeleteApa sangat yang Berehey Ali pertahankan?
ReplyDelete